Privacy centre

Pusat Privasi GSK

Selamat Datang. Kami mengambil tanggungjawab kami mengenai privasi data dengan serius. Ketahui secara lanjut tentang amalan kami dan hak anda.

 

a

Anda boleh mendapatkan notis-notis privasi utama di bawah. Sila menukar lokasi anda di atas sekiranya perlu dan memilih notis privasi yang paling relevan kepada anda.

Notis privasi am GSK

Malaysia

 

Kemas kini terakhir: 25 Mei 2021

Dalam notis privasi ini bertujuan untuk:

  • pengguna produk dan perkhidmatan GSK (tidak termasuk subjek penyelidikan);
  • pelawat ke GSK dan laman web milik GSK;
  • pengguna sistem dan aplikasi GSK;
  • khalayak awam yang berminat untuk menghubungi atau dihubungi oleh GSK; dan
  • mana-mana individu yang telah menerima notis ini dan yang notis lain dalam Pusat Privasi ini tidak terpakai kepada mereka.

Kami memahami bahawa privasi penting kepada anda. Kami komited untuk mengendalikan maklumat peribadi anda dengan berhati-hati dan berintegriti.

Notis privasi kami memberitahu anda tentang maklumat peribadi yang kami kumpulkan dan cara kami mengumpulkan maklumat tersebut. Notis privasi ini menerangkan tujuan penggunaan maklumat peribadi anda dan cara kami melindungi serta memastikan maklumat peribadi anda selamat. Notis privasi ini menerangkan amalan-amalan am kami. Walaubagaimanapun, di mana undang-undang tempatan memerlukan kami memproses maklumat tersebut dengan cara yang lain, atau untuk tidak memproses maklumat tersebut, kami akan selalu mematuhi undang-undang tempatan yang terpakai.

GlaxoSmithKline menghargai privasi anda. Apabila kami menyebut “GSK”, “kami” atau “kita”, inilah yang kami maksudkan.

Maklumat peribadi bermaksud apa-apa maklumat atau bahagian maklumat yang boleh mengenal pasti anda secara langsung (cth. nama anda) atau tidak langsung (cth. nombor ID unik).

Dalam notis privasi ini, kami menerangkan:

Siapakah pengawal maklumat peribadi anda?

GSK Services Unlimited, bersama-sama syarikat GSK tempatan yang mempunyai perhubungan dengan anda, adalah pengawal maklumat peribadi anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang syarikat GSK tempatan yang berkenaan, klik di sini di mana anda juga boleh mendapatkan butiran hubungan Pegawai Perlindungan Data (jika berkenaan) bagi negara anda.

Maklumat hubungan dan titik hubungan privasi anda

Jika anda ingin melaksanakan hak anda, mempunyai apa-apa soalan tentang notis privasi ini, memerlukan maklumat lanjut atau ingin mengemukakan kebimbangan, setiap butiran titik hubungan privasi tempatan dapat ditemui di sini.

Apakah maklumat peribadi yang kami kumpulkan tentang diri anda?

Maklumat peribadi yang kami kumpulkan dan proses, mungkin termasuk:

  • Maklumat asas – nama anda, nama keluarga (termasuk awalan atau gelaran), alias, jantina, umur atau tarikh lahir, serta bahasa keutamaan anda. Maklumat yang serupa tentang kanak-kanak juga mungkin dikumpulkan dalam keadaan yang terhad, lihat ‘Maklumat tentang kanak-kanak’ uuntuk mendapatkan maklumat lanjut;
  • Maklumat hubungan – maklumat yang membolehkan kami menghubungi anda, cth. e-mel peribadi atau perniagaan anda, alamat pos, nombor telefon dan profil pada platform media sosial;
  • Maklumat teknikal dan aktiviti rangkaian – maklumat tentang peranti anda dan penggunaan laman web, aplikasi dan sistem kami oleh anda, termasuk alamat IP anda, ID peranti, model dan versi perkakasan, maklumat rangkaian mudah alih, sistem pengendalian dan pengecam dalam talian yang lain, jenis pelayar, sejarah pelayaran, sejarah carian, masa akses, halaman yang dilihat, URL yang diklik, borang yang diserahkan dan lokasi fizikal;
  • Maklumat kewangan – butiran akaun bank, termasuk nama akaun, nombor akaun dan kod isih;
  • Penggunaan produk – data yang berkaitan dengan penggunaan produk kami (termasuk maklum balas) oleh anda, sejarah pembelian anda dan keutamaan anda, interaksi anda dengan kami, kaedah komunikasi dengan kami yang anda utamakan dan perkhidmatan yang mungkin anda gunakan;
  • Maklumat kesihatan – status kesihatan anda, masalah kesihatan yang sedang anda alami dan maklumat kesihatan yang disimpulkan daripada maklumat yang anda beri kepada kami, dan
  • Audio visual – foto, video dan rakaman suara anda.

Anda boleh memilih untuk tidak memberikan maklumat peribadi kepada kami apabila kami meminta maklumat tersebut. Jika anda memutuskan untuk tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada kami, ia mungkin mengehadkan hubungan kami dengan anda. Sebagai contoh, kami mungkin tidak dapat memberi anda perkhidmatan yang anda minta.

Bagaimanakah kami mengumpul maklumat peribadi anda?

Secara langsung daripada anda apabila anda:

  • Mencipta akaun dan profil dalam salah satu laman web, atau aplikasi kami;
  • Mendaftar dengan kami untuk menggunakan perkhidmatan pengesahan GSK;
  • Menggunakan daftar masuk syarikat anda atau perkhidmatan pengesahan pihak ketiga yang lain (contohnya halaman log masuk Microsoft, Google) untuk mendapatkan akses kepada sistem atau aplikasi kami.
  • Menggunakan laman web, aplikasi dan sistem kami;
  • Berkongsi atau menggunakan profil media sosial anda untuk menghubungi GSK;
  • Mendaftar dengan kami untuk menerima bahan promosi;
  • Menyertai peraduan atau pertandingan yang dianjurkan oleh GSK;
  • Berinteraksi dengan salah seorang wakil jualan kami;
  • Menghubungi kami untuk mendapatkan sokongan atau memberikan maklum balas;
  • Menghadiri acara dalam talian seperti siaran web;
  • Memberikan respons kepada mana-mana tinjauan yang mungkin anda pilih untuk mengambil bahagian;
  • Berkongsi kesan buruk atau pertanyaan maklumat perubatan dengan kami; dan
  • Menghadiri mesyuarat luar talian, seperti lembaga penasihat atau persidangan.

Daripada sumber lain:

  • Sumber yang boleh diakses oleh orang awam;
  • Rakan pemasaran bersama;
  • Vendor pemasaran;
  • Direktori penyedia penjagaan kesihatan;
  • Agensi pengurusan acara;
  • Platform media sosial; dan
  • Apabila anda bercakap tentang kami dalam talian, seperti apabila anda menyebut produk GSK dalam Tweet.

Jika anda menghubungkan akaun media sosial anda dengan laman web atau aplikasi kami, anda akan berkongsi maklumat peribadi tertentu daripada akaun media sosial anda dengan kami. Ini mungkin termasuk nama, alamat e-mel, foto, senarai kenalan media sosial dan apa-apa maklumat lain yang anda memberikan akses kepada kami apabila anda menghubungkan akaun media sosial anda dengan laman web atau aplikasi kami.

Kami juga menggabungkan maklumat tentang diri anda daripada pelbagai sumber, termasuk maklumat yang telah anda berikan kepada kami dan maklumat peribadi, yang dikumpulkan semasa perhubungan anda dengan kami.

Bagaimanakah kami menggunakan maklumat peribadi anda?

Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang telah kami terangkan di bawah dalam notis privasi ini atau bagi tujuan yang serasi secara munasabah dengan yang telah diterangkan.

Untuk mengurus hubungan kami dengan anda.

Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk:

  • Menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda;
  • Menyediakan kepada anda hadiah jika anda menyertai cabutan hadiah atau peraduan;
  • Menyediakan perkhidmatan dalam talian seperti siaran web, peluang pekerjaan dan hasil kewangan;
  • Mengurus akaun anda pada laman web, dan aplikasi kami;
  • Mengenal pasti anda dan mengesahkan hak akses anda kepada laman web, sistem dan aplikasi kami;
  • Menjawab pertanyaan anda dan memberi anda maklumat apabila anda meminta maklumat itu atau apabila anda mungkin berminat dengan produk serta perkhidmatan kami. Jika kami berniat untuk berkongsi pemasaran elektronik dengan anda, kami akan meminta keizinan anda jika perlu dan anda boleh menarik diri pada bila-bila masa;
  • Menjemput anda untuk memberikan maklum balas, mengambil bahagian dalam penyelidikan, tinjauan atau menghadiri acara;
  • Peribadikan pengalaman laman web anda
  • Melaporkan kesan buruk yang telah anda maklumkan kepada kami; dan
  • Melakukan analitis, penyelidikan pasaran dan segmentasi untuk memahami keutamaan anda, meningkatkan produk dan perkhidmatan kami serta komunikasi kami dengan anda.

Untuk mengurus dan menambah baik proses kami serta operasi perniagaan kami.

Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk:

  • Mengurus keselamatan sistem rangkaian dan maklumat kami;
  • Mengurus tenaga kerja kami dengan berkesan;
  • Memberikan respons kepada laporan yang anda buat tentang kemungkinan kesan sampingan pada salah satu produk kami dan memantau keselamatan produk kami;
  • Menyimpan rekod berkaitan hubungan kami dengan profesional penjagaan kesihatan;
  • Melakukan analisis, audit dan penyelidikan data untuk membantu kami menyampaikan serta meningkatkan platform digital, kandungan dan perkhidmatan GSK kami;
  • Memantau dan menganalisis aliran, penggunaan dan aktiviti berhubung produk serta perkhidmatan kami untuk memahami bahagian produk dan perkhidmatan kami yang paling diminati dan meningkatkannya dengan sewajarnya; dan
  • Menyediakan dan melakukan pelaporan dan analisis pengurusan, termasuk analitis dan metrik.

Untuk mencapai tujuan lain.

Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda:

  • Untuk mengikuti undang-undang dan peraturan yang diterima pakai;
  • Untuk memberikan respons kepada permintaan daripada pihak berkuasa awam yang kompeten;
  • Untuk memberitahu anda tentang perubahan kepada terma, syarat dan dasar kami;
  • Untuk melaksanakan atau mempertahankan GSK daripada kemungkinan litigasi, ancaman litigasi atau litigasi sebenar;
  • Untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap tingkah laku pengguna yang menyalahi undang-undang atau berbahaya.
  • Untuk melindungi GSK, kepentingan vital anda atau kepentingan vital orang lain;
  • Untuk mendapat pandangan dan maklum balas tentang produk serta perkhidmatan kami bagi membetulkan atau menambah baik, dengan menganalisis maklumat daripada sumber luar seperti Google, Facebook dan Twitter (dan lain-lain);
  • Untuk menyampaikan perkhidmatan kepada anda melalui peranti pintar anda dan aplikasi mudah alih kami;
  • Apabila kami menjual, menetapkan atau memindahkan semua atau sebahagian perniagaan kami.

Mengapakah kami dibenarkan untuk mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda?

Kami akan mengumpulkan dan menggunakan maklumat peribadi anda apabila salah satu daripada yang berikut terpakai:

  • Untuk mengambil langkah-langkah sebelum mengikat kontrak atau melaksanakan kontrak;
  • Untuk mematuhi undang-undang, sebagai contoh:
    • Kewajipan pemantauan dan pelaporan kawal selia penyimpanan rekod, termasuk yang berkaitan dengan kesan buruk, aduan produk dan keselamatan produk; dan
    • Mematuhi kewajipan antirasuah dan ketelusan.
  • Anda telah memberi kami kebenaran anda secara khusus apabila kebenaran seumpama itu wajib (undang-undang menggelarkan ini “keizinan”). Anda boleh menarik balik keizinan anda pada bila-bila masa. Biasanya kami akan memerlukan keizinan anda dalam keadaan yang berikut:
    • Meletakkan kuki pada peranti anda untuk mengetahui cara anda menggunakan laman web kami supaya kami dapat memperibadikan perkara yang anda lihat dengan menyesuaikan kandungan dan pemberitahuan kepada perkara yang anda berminat;
    • Situasi tertentu apabila anda berkongsi maklumat sensitif tentang diri anda, seperti kesihatan anda;
    • Sebelum kami menghantar kepada anda komunikasi pemasaran elektronik tertentu; dan
    • Dalam apa-apa situasi lain apabila pemprosesan maklumat peribadi bergantung pada keizinan anda.
  • Kami perlu menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan perniagaan yang sah, sebagai contoh, untuk membolehkan kami menjalankan perniagaan kami dengan berjaya. Ini termasuk:
    • Menghantar bahan pemasaran langsung kepada anda (anda akan sentiasa berhak untuk menarik diri daripada komunikasi pemasaran dan promosi);
    • Menjalankan audit dan siasatan dalaman serta mematuhi dasar dalaman tentang antirasuah dan konflik kepentingan;
    • Mengurus sistem dan rangkaian IT serta komunikasi kami;
    • Merancang dan menambah baik aktiviti perniagaan kami;
    • Menjalankan latihan dan mengumpulkan maklum balas untuk memastikan kawalan kualiti;
    • Melindungi hak, privasi, keselamatan atau harta benda kami dan/atau sekutu kami, anda atau orang lain;
    • Untuk menyediakan fungsi perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda, yang termasuk mengaturkan akses kepada akaun berdaftar anda, dan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang berkaitan kepada anda;
    • Mengesahkan kelayakan anda untuk mengakses produk, perkhidmatan dan data tertentu yang mungkin hanya disediakan kepada profesional penjagaan kesihatan berlesen atau jika tidak, menjalankan pemeriksaan latar belakang bagi memastikan kami tidak dihalang daripada bekerja dengan anda;
    • Menganalisis atau meramal keutamaan anda untuk mengenal pasti aliran agregat untuk membangun, menambah baik atau mengubah suai produk, perkhidmatan dan aktiviti perniagaan;
    • Berinteraksi dengan anda melalui forum nasihat digital dalam talian dan membenarkan anda menghantar mesej kepada orang lain jika anda memilih untuk berbuat demikian;
    • Memberikan respons kepada dan menangani pertanyaan atau permintaan anda; termasuk permintaan untuk sampel;
    • Menghantar maklumat pentadbiran kepada anda, seperti perubahan kepada terma, syarat dan dasar kami;
    • Melengkapkan transaksi anda dan menyediakan khidmat pelanggan yang berkaitan kepada anda; dan
    • Menghubungi anda untuk menyediakan maklumat tentang produk kami atau meminta input tentang tinjauan yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan kami;
  • Untuk penetapan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan atau tindakan undang-undang;
  • Untuk melindungi kepentingan vital anda atau kepentingan vital orang lain; dan
  • Oleh sebab ini satu keperluan bagi kepentingan awam yang cukup besar, berdasarkan undang-undang yang berkaitan.

Bagaimanakah kami melindungi maklumat peribadi anda?

Kami ingin memastikan maklumat peribadi anda tidak dikongsi dengan atau digunakan oleh orang yang tidak dibenarkan melihat maklumat tersebut. Kami menggunakan pelbagai langkah keselamatan dan teknologi untuk melindungi maklumat peribadi anda.

Kami memilih secara berhati-hati penyedia perkhidmatan yang ingin kami bekerjasama dan memastikan mereka mempunyai langkah keselamatan serta teknologi untuk melindungi maklumat peribadi anda.

Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa penghantaran data atau sistem storan 100% selamat. Jika anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa interaksi anda dengan kami tidak lagi selamat, sila maklumkan kepada kami dengan segera menggunakan butiran di bahagian ‘Maklumat hubungan dan titik hubungan privasi anda’.

Apakah hak anda berhubung dengan maklumat peribadi anda?


Anda mempunyai hak yang kami perlu memaklumkan kepada anda. Hak yang tersedia kepada anda bergantung pada sebab kami untuk pemprosesan maklumat peribadi anda dan undang-undang tempatan dalam bidang kuasa anda dan terdapat pengecualian pada sesetengah hak. Bergantung pada ini, anda mungkin mempunyai hak untuk:

  • Menarik balik keizinan anda kepada kami untuk pemprosesan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung;
  • Bertanya kepada GSK tentang pemprosesan maklumat peribadi anda, termasuk untuk disediakan dengan salinan maklumat peribadi anda;
  • Meminta kami membetulkan maklumat yang pada pendapat anda tidak tepat atau tidak lengkap;
  • Meminta kami memadamkan maklumat peribadi anda:
  • Meminta kami mengehadkan pemprosesan maklumat anda;
  • Membantah pemprosesan maklumat peribadi anda oleh kami;
  • Meminta kami memindahkan maklumat yang telah anda berikan kepada kami dari satu organisasi ke organisasi lain atau untuk memberikan maklumat itu kepada anda; dan
  • Mengadu kepada pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda.

Anda boleh mengetahui cara menghubungi kami untuk meminta kami melakukan apa-apa yang di atas dengan melihat pada bahagian ‘Maklumat hubungan dan titik hubungan privasi anda’.

Untuk perlindungan anda dan melindungi privasi orang lain, kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda sebelum melengkapkan perkara yang anda minta kami lakukan.

Apabila kami bergantung pada kebenaran anda untuk menggunakan maklumat peribadi anda dan kemudian anda menarik balik kebenaran itu, kami mungkin tidak dapat melengkapkan sesetengah aktiviti yang diterangkan dalam ‘Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda’.

Berapa lamakah kami menyimpan maklumat peribadi anda?

Dalam sesetengah bidang kuasa, kami diperlukan oleh undang-undang untuk menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh tertentu. Tempoh masa bergantung pada keperluan undang-undang tertentu untuk bidang kuasa lokasi anda apabila anda berkongsi maklumat anda dengan kami.

Kami akan sentiasa menyimpan maklumat peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan oleh undang-undang dan apabila kami perlu berbuat demikian berhubung tindakan undang-undang atau sesuatu siasatan yang melibatkan GSK. Jika tidak, kami akan menyimpan maklumat peribadi anda selama kami mempunyai hubungan dengan anda, untuk memberikan respons atau memproses soalan atau permintaan daripada anda atau jika kami telah menghantar sampel produk kepada anda.

Dengan siapakah kami berkongsi maklumat peribadi anda?

Kami berkongsi maklumat peribadi anda atas dasar perlu tahu dan setakat yang diperlukan untuk mengikuti undang-undang serta peraturan serta dalam konteks mengurus hubungan kami dengan anda.

Kami berkongsi maklumat peribadi anda hanya dengan pasukan dalam syarikat dan sekutu GSK kami yang perlu melihat maklumat itu untuk melakukan tugas mereka. Sila lihat pautan ini untuk mendapatkan senarai sekutu kami dan lokasi mereka.

Di sesetengah negara, hubungan kami dengan anda diurus untuk kami oleh penyediaan perkhidmatan khusus. Kami akan berkongsi maklumat peribadi anda hanya dengan pekerja dan pasukan mereka yang perlu melihat maklumat itu sebagai sebahagian daripada tugas mereka.

Kami juga akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan entiti lain, sebagai contoh:

  • Agensi acara;
  • Agensi pemasaran;
  • Agensi pekerjaan dan perekrutan;
  • Penyedia teknologi yang bekerja dengan kami untuk membangunkan dan menambahbaik laman web, forum digital dan aplikasi kami;
  • Penyedia perkhidmatan media yang bekerja dengan kami;
  • Mana-mana entiti yang mungkin memperoleh kami atau sebahagian daripada perniagaan atau jenama kami;
  • Pembekal yang mengurus laporan kesan buruk;
  • Pengawal atur tempatan atau asing, mahkamah, kerajaan dan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang; dan
  • Penasihat profesional seperti juruaudit, akauntan dan peguam.

Dalam keadaan apakah kami memindahkan maklumat peribadi anda ke luar negara asal anda?


Kami bekerja di seluruh dunia. Oleh itu, kami mungkin perlu memindahkan dan menggunakan maklumat peribadi anda di luar negara kami mengumpulkan maklumat itu daripada anda. Kami akan melaksanakan langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindungi maklumat peribadi anda apabila kami memindahkan maklumat peribadi anda ke luar negara asal anda, seperti perjanjian pemindahan data yang merangkumi klausa perlindungan data standard. Undang-undang privasi data negara kami pindahkan data itu mungkin tidak sama dengan undang-undang di negara asal anda. Agensi penguatkuasaan undang-undang, agensi kawal selia, pihak berkuasa keselamatan atau mahkamah di negara yang kami pindahkan maklumat peribadi anda mungkin berhak untuk melihat maklumat peribadi anda.

Maklumat tambahan jika anda berada di European Economic Area (EEA)

Suruhanjaya Eropah mengiktiraf bahawa sesetengah negara di luar EEA mempunyai standard perlindungan data yang serupa. Senarai lengkap negara-negara ini tersedia di sini.

Jika kami memindahkan maklumat peribadi anda ke negara yang tiada pada senarai ini, kami berbuat demikian berdasarkan klausa kontrak standard yang diterima pakai oleh Suruhanjaya Eropah. Ini membolehkan kami membuat pemindahan antarabangsa maklumat peribadi dalam kumpulan syarikat kami dan memenuhi undang-undang perlindungan data Kesatuan Eropah dan General Data Protection Regulation (GDPR).


Maklumat tentang kanak-kanak

Walaupun perkhidmatan kami biasanya tidak ditujukan kepada kanak-kanak, kadangkala kami mengumpulkan data anak anda, contohnya, apabila mereka menyertai peraduan dengan salah satu jenama kami. Kami hanya melakukan ini dengan izin anda. Sila lihat ‘Maklumat peribadi apa yang kami kumpulkan tentang anda’ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagaimanakah kami menggunakan kuki dan teknologi yang serupa?

Laman web kami mungkin menggunakan kuki dan teknologi yang serupa. Anda boleh memilih untuk menerima atau menolak kuki. Jika anda memilih untuk menolak kuki, tidak semua elemen laman web, aplikasi dan perkhidmatan kami mungkin berfungsi seperti sepatutnya, oleh itu pengalaman anda mungkin terjejas.

Selagi maklumat yang dikumpulkan oleh kuki dan teknologi lain dianggap oleh undang-undang tempatan sebagai maklumat peribadi, kami akan mengendalikan maklumat itu mengikut standard yang ditetapkan dalam notis privasi ini.

Kami mengumpulkan maklumat tentang jenis pelayar komputer dan sistem pengendalian anda, laman web yang anda lawati sebelum dan selepas melawat laman web kami, maklumat log pelayan standard, alamat Protokol Internet (IP), data lokasi, penyedia perkhidmatan telefon mudah alih dan sistem operasi telefon mudah alih. Kami menggunakan maklumat ini untuk memahami cara pelawat kami menggunakan laman web dan aplikasi mudah alih kami supaya kami dapat menambah baik laman web dan aplikasi tersebut, perkhidmatan yang kami tawarkan dan pengiklanan kami. Kami juga mungkin berkongsi maklumat ini dengan syarikat lain dalam kumpulan GSK dan dengan pihak ketiga yang lain. Sesetengah laman web kami menggunakan Google Analytics, perkhidmatan analitis web yang disediakan oleh Google, Inc. (“Google”). Google Analytics menggunakan kuki untuk menganalisis corak penggunaan dan mungkin mengumpulkan maklumat tentang penggunaan laman web oleh anda, termasuk alamat IP anda. Maklumat lanjut tentang Google Analytics boleh ditemukan di sini. Jika anda ingin menarik diri daripada penggunaan data oleh Google Analytics, anda boleh menarik diri di sini.

Kami juga menggunakan perkhidmatan pemasaran semula yang ditawarkan oleh rakan pengiklanan kami untuk memperibadikan iklan bagi pengunjung ke laman rangkaian pengiklanan mereka (iaitu laman web selain laman web GSK). Di halaman ini, anda mungkin akan ditunjukkan iklan yang merujuk kepada interaksi anda dengan GSK sebelum ini. Untuk menghentikan pemperibadian bagi iklan yang dikendalikan oleh Google, klik di sini. Untuk menghentikan pemperibadian bagi iklan yang dikendalikan oleh Facebook, klik di sini. Kebanyakan syarikat yang memaparkan pengiklanan berasaskan minat ialah ahli Network Advertising Initiative (“NAI”), Digital Advertising Alliance (“DAA”) atau European Interactive Digital Advertising Alliance (“EDAA”). Untuk menarik diri daripada pengiklanan berasaskan minat oleh ahli bagi inisiatif ini, anda boleh melawat laman web mereka di https://optout.networkadvertising.org/, https://optout.aboutads.info/ dan https://www.youronlinechoices.com/.

Kami mungkin menggunakan data yang anda kongsi dengan kami untuk membuat keputusan tentang minat dan keutamaan anda supaya kami dapat membuat bahan pemasaran yang kami hantar kepada anda lebih berkaitan. Kami juga mungkin menggabungkan maklumat yang kami simpan tentang anda dengan data tentang minat atau demografi anda yang pihak ketiga telah kumpulkan daripada anda secara dalam talian dan luar talian, untuk menjadikan pengalaman anda lebih peribadi dan menyesuaikan lagi bahan pemasaran kami. Anda mempunyai hak tertentu berhubung dengan perkara ini – sila lihat 'Apakah hak anda mengenai maklumat peribadi anda?' di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kami menggunakan alat khalayak tersuai Facebook. Ini membolehkan kami menyediakan pengiklanan diperibadikan kepada anda apabila anda menggunakan platform Facebook dengan memadankan alamat e-mel yang kami simpan untuk anda dengan alamat e-mel yang kami simpan untuk anda, bagi menunjukkan kepada anda iklan GSK yang paling berkenaan. Kami hanya melakukan ini apabila anda telah memberikan keizinan kepada kami. Kadangkala kami juga mungkin menggunakan maklumat tentang anda untuk membangunkan model yang serupa. Ini membolehkan kami menjana khalayak yang serupa untuk bakal pelanggan (yang mungkin mempunyai minat atau demografi yang serupa dengan anda) melalui platform pengiklanan seperti Facebook atau Google, berdasarkan data yang disimpan oleh platform pengiklanan itu tentang orang lain. Biasanya ini bermakna berkongsi alamat e-mel anda dengan rakan pengiklanan kami. Jika anda ingin menarik diri daripada khalayak serupa dalam Google, anda boleh berbuat demikian di sini.

Bagaimanakah kami mengemas kini notis privasi ini?

Dari semasa ke semasa, kami akan mengemas kini notis privasi ini. Apa-apa perubahan akan berkuat kuasa apabila kami menyiarkan notis privasi yang disemak semula pada pusat privasi kami. Kali terakhir notis privasi ini dikemas kini adalah pada tarikh “Terakhir dikemas kini” yang ditunjukkan di atas. Jika perubahannya ketara, kami akan menyediakan notis yang lebih menonjol untuk memberitahu anda tentang perubahan tersebut.

Tanggungjawab kami tentang laman web yang kami tidak miliki atau kawal

Our websites and applications may contain links to websites or mobile applications we do not own or control. Our Privacy Notice does not cover them. Please read the privacy notices on those websites and mobile applications if you would like to find out how they collect, use and share your personal information.